Sayer Asilah

Sayer Asilah

About Me

Kota Tinggi, Johor, Malaysia

You the visitor Of..

Islam Agamaku



 KELEBIHAN SOLAT TAHAJUD

"Pada paras alfa, frekuensi otak berada dalam lingkungan 7 hingga 14 kitaran persaat. Paras ini merupakan paras seseorang dapat berhubung dengan minda bawah sedar dengan aktif. Pada paras ini seseorang akan berada dalam keadaan pertengahan antara 'sedar dengan lena'. Aktiviti minda pada ketika ini dalam keadaan tenang,santai dan rehat. Pada tahap ini anda akan berada dalam tahap kesedaran yang tinggi.Paras alpha amat penting kerana anda dapat meneroka dan mengekstrak kemampuan minda anda. Pada ketika ini minda dan jiwa anda begitu hening sehingga anda berada pada tahap fokus yang tinggi. Fikiran anda begitu terang dan jelas dan mampu menjana minda bawah sedar pada tahap yang tinggi. Paras ini adalah sepertimana anda hampir-hampir hendak tertidur. Malangnya anda tidak dapat kekalkan keadaan ini. Hanya waktu yang singkat sahaja anda berada pada paras alfa ,lalu anda tertidur.Ini berlaku secara semulajadi. Walaubagaimanapun, paras alpha boleh dicapai dengan menurunkan secara sengaja frekuensi otak ke tahap yang lebih rendah daripada keadaan sedar.


KESERONOKAN TIDAK TERARAH

Antara sebab yang kuat untuk datangnya maksiat yang jijik itu ialah sebuah 'kekosongan' dan sebuah kehidupan yang tiada 'perancangan'. Apabila seseorang kekosongan, dia lebih cenderung untuk melakukan apa yang seronok pada pandangannya, tetapi kebanyakan keseronokan berkembar dengan sesuatu yang lalai, tidak terarah dan dekat dengan hawa nafsu yang jahat. Maka bukankah ia semakin dekat dengan penyakit maksiat? Justeru sibukkan dirimu dengan sebuah perancangan yang menyeronokkan, hebat terarah dan bermanfaat.

No comments:

Post a Comment